Khamis, 7 Mei 2009

Minta Sumbang

Tengahari tadi sebelum aku ke bank, pekerja aku dah letakkan segala surat-surat untuk aku... Antara surat yang aku terima adalah surat mohon sumbangan sekolah... Sebagai peniaga aku dah selalu sangat terima surat macam tu (dia ingat peniaga kecik macam aku banyak duit?)... Sumbang-sumbang ni dah tak boleh lari dari hidup aku... Maklumlah, peniaga mesti banyak duit... Ribu-ribu tu simpan celah poket seluar aje...

Setelah aku baca habis surat tu (alahai cuma 2 helai campur dengan lampiran borang bagi sumbangan) aku diberitahu yang sumbangan tu untuk biaya program budak-budak PMR, SPM dan STPM... Antara aktiviti dalam program budak-budak tu ialah kelas-kelas pemulihan, motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan... Dalam hati aku kate baguslah kalau sekolah nak buat aktiviti-aktiviti macam tu...

Tapi bile aku tengok jumlah perbelanjaan yang diperlukan ialah RM 8, 000 ... RM 8, 000 beb... Mak aih! Aku kate kelas pemulihan ape sampai 8, 000... Pemulihan dadah ke? Teknik-teknik ape sampai 8, 000?? Dia jemput pensyarah dari Oxford ke untuk bagi segala macam tip dan teknik jawab soalan tu?? Pakar motivasi mane yang dijemput sampai nak belanja dekat 8, 000??? Belanja fotokopi pun aku rase tak sampai RM 3, 000 ... Paling banyak pun RM 1, 000... Itu pun dah bole dapat berkoyan-koyan punye nota... Sampai berdarah hidung lah budak nak abis baca... Bertalu-talu soalan dan jawaban kat kepala hotak aku...

Setahu aku sekolah tak memerlukan duit nak sewa kelas atau bangunan... Pasal sekolah dah ade bangunan sendiri... Takkan buat kat hotel kot... Setahu aku jugak para guru ni tak perlu dibayar elaun untuk buat kelas tambahan atau kelas pemulihan (setahu aku la.. kalau salah bagitahu...) ...

Dah begitu dengan suratnye yang pendek... Lampiran detail aktiviti-aktiviti program pun takde... Lampiran detail belanjawan jangan harap lah... Ape punyer perancangan??? Perancangan melancong rangka musim cuti sekolah pon tak macam gini... Sungguh meragukan... Tahu-tahu mintak sumbang... Pendek kata sekolah ni cukup bijak dalam menjimatkan kertas... Beza masa aku mengemis nak buat Malam Pesta Jiwa hari tu... dah tunjuk detail belanjawan pun masih ade yang ragu-ragu... ye lah... Mase aku gi mintak sumbangan pon aku pakai tak smart... Tak hensem langsung... Mestilah diaorang ingat aku nak kebas duit tu...

Sekarang aku tengah pikir nak bagi atau tak... Nak bagi dah tentu aku bagi sikit punye... Pasal aku pun kopak beb... Tapi kalau aku bagi sumbangan pada album Dari Rakyat Untuk Rakyat lagi ok... Dah tentu marhaen... hah!!...

Nota : Sekolah tersebut adalah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia...

4 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

kadang2 ada yg cuba mengambil kesempatan terutama ketika pelbagai kisah diharungi zaman ekonomi teruk kebelakangan ini...

berhati2... kita pun bukanlah orang senang atau ahli korporat yg ada tender juta2 tu.

ainon mohd berkata...

Tuan Lanterajiwa,

Semua orang bisnes mengalami sindrom 'sumbangan'.

Saya hanya beri sumbangan jika program itu layak menerima wang zakat. Sebab wang saya berikan itu adalah wang zakat saya. Dan saya terangkan perkara itu kepada yang meminta sumbangan.

benludin berkata...

bro,
tq me-link-kan blog gua ...
izinkan gua link blog lu plak...

lanterajiwa berkata...

benludin... untuk link blog gua dalam blog lu, makanya gua wajib rasa bangga...