Khamis, 24 Julai 2008

MALAM PESTA JIWA (Pertama Kali di Perak)




Tarikh :
22 Ogos 2008 / 20 Syaaban 1429H / Jumaat

Masa :
9.00 malam

Tempat :
Rumah Yayasan Kesenian Perak (YKP)
No. 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan,
31400 Ipoh, Perak.

Masuk :
Percuma

Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat indipendent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa. Program yang diilhamkan oleh Saudara Meor Khairol Nizam dan Saudara Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Saudara Adha Effendy, Saudara Syed Muhammad Sharif, Saudara Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak.

Semua seniman yang dicadangkan bergerak secara independent (indie) dan mengetengahkan karya-karya seni yang bersifat rakyat, perjuangan dan isu-isu semasa dan nilai-nilai yang membina. Apa yang lebih membanggakan bahawa seniman yang dicadangkan ini mempersembahkan karya ciptaan sendiri dan berbentuk kerohanian (spiritual) dalam mendidik. Karya-karya mereka mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Karya-karya mereka juga berbentuk memimpin bukan untuk dipimpin.

Tetamu khas untuk program ini Pak Hishamuddin Rais yang akan memberi sedikit ucapan perihal kesenian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


• Pyan Habib (http://pyanhabib.blogspot.com)
Pyan adalah penyair yang sangat popular, dikenali dan unik dan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


• Meor Yusof Aziddin Meor Hassan (http://www.pestajiwa.net)
Penyanyi folk yang telah memiliki 6 buah album di antara tahun 2001-2008. Antara album-album beliau ialah Pesta Jiwa, Pesta Jiwa 2, Itu Padang…Aku Di Situ, Aku Dan Bulan, Yang Terlintas Difikiran dan Sakrat. Juga sering terlibat dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan di Kuala Lumpur seperti program KL Sing Song, Asean Singer/Songwriter dan banyak lagi. Beliau pernah menganjurkan program kesenian yang bertajuk My Outsider Art yang telah diadakan Central Market. Meor juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) seperti program PROTES pada 6 Julai 2008 yang lalu dan Malam Kesenian Paksi pada 18 Julai 2008 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Selain itu, Meor juga terlibat dalam penerbitan album dan penggubah muzik untuk artis seperti Sohaimi Meor Hassan, Black dan Nik. Black dan Nik merupakan artis yang berkonsepkan muzik folk sebagai teras dalam berkarya. Meor pernah bekerja di Yamaha Music selama 8 tahun dari tahun 1996-2004 sebagai product consultant/guru musik. Juga pernah menimba pengalaman sebagai pemuzik jalanan (
busker) sepenuh masa selama hampir 2 tahun pada pertengahan 2004-2006.

Meor juga seorang kolumnis di www.tokeikedai.net.my dalam ruangan ‘Sembang Tepi Jalan’ dan menulis dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid Mingguan Wasilah, Konsep dan Suara Keadilan. Kini bekerja sebagai Pegawai Teknikal di sebuah syarikat Telekomunikasi Tele-Infra Sdn Bhd yang beroperasi di Ipoh, Perak.



Tontoni Meor dalam The Wknd.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


• Black (http://kugiranjalanan.wordpress.com)
Black (Amin Iskandar) adalah seorang aktivis/penyanyi/blogger yang terkenal di Kuala Lumpur. Konsep muzik yang dimainkannya adalah folk dan Black pernah muncul dengan sebuah album pada tahun 2007 yang bertajuk Hentikan Perang Sekarang. Selain itu, Black merupakan seorang penulis di malaysiakini.com.



-----------------------------------------------------------------------------------------------

• Nan Blues
Nan atau nama sebenar Aznan Aziz adalah pemuzik jalanan yang berpengalaman selama 20 tahun bermain muzik di hotel dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun NGO. Pernah bermain dengan kumpulan muzik Blues Gang di hotel-hotel sekitar KL. Menjadikan muzik sebagai kerjaya sambilan. Nan juga dianggap antara pemuzik jalanan yang berjaya di mana beliau adalah pemuzik jalanan tetap yang dibayar untuk mengadakan persembahan di Downtown, Cheras. Konsep muzik yang dimainkannya adalah blues/folk. Akan muncul dengan album yang juga berkonsepkan blues/folk dalam sedikit masa lagi

-----------------------------------------------------------------------------------------------


• Rahmat Haron (http://www.kerbau.com/rahmatharon)
Rahmat merupakan seorang penyair/pelukis/aktivis yang berkharisma dan sering mengadakan persembahan didalam dan luar negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Australia. Rahmat Haron juga dianggap sebagai penyair abad ke 21, di mana cara pembacaan dan penghayatannya unik jika dibandingkan penyair-penyair
stereotype yang sedia ada di Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


• Azmyl Yunor (http://yat.ch/yunor) / (http://www.myspace.com/azmylyunor)
Azmyl merupakan seorang artis folk yang bertanggungjawab menganjurkan program Troubodour,Singer/Songwritter dan KL Sing Song. Pernah muncul dengan sebuah album. Menimba pengalaman sebagai
street busker di Australia selama tempoh pelajarannya di sana. Kini mengajar di sebuah kolej di Petaling Jaya.

Tontoni Azmyl Yunor dalam The Wknd.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

• Suhaimi Hj. Muhammad

-----------------------------------------------------------------------------------------------

• Lantera Jiwa


3 ulasan:

BENTARA berkata...

meor... jemputan ko ni menerbitkan beberapa idea serta merta! Jangan lupa invite aku lagi bila aku ada di tanahair (paling awal pertengahan tahun 2009)

lanterajiwa berkata...

salam hormat... saudara bentara... mintak alamat email ko... sebab ade beberapa perkara yang nak aku bincang dengan ko... secara personal... ok....

BENTARA berkata...

salam meor, email aku masirbi at optusnet dot com dot au