Ahad, 31 Ogos 2008

Salam Merdeka Tanah Melayu!!!



Dr. Burhanuddin Al-Helmy
(1911-1969)

" Di atas robohan kota Melaka,

Kita dirikan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka."

(Melaka, Disember 1946)


Jumaat, 22 Ogos 2008

PERSIAPAN JIWA

Pagi nanti aku dan krew Lantera Jiwa akan mula membuat persiapan terakhir untuk Malam Pesta Jiwa. Sebelumnya Syed dan Cord sudah beberapa hari menyiapkan t-shirt-t-shirt yang bakal dijual pada malam nanti. Nanti akan aku lampirkan foto t-shirt yang dibikin dalam blog ini. Sesiapa yang berminat, nanti boleh lah beli melalui pos.

Aku tak tahu penerimaan orang ramai tentang Malam Pesta Jiwa ini. Kepada Penguasa Alam yang masih memberi nafas kepada kami, perkenankan majlis ini. Kepada para karyawan, kami nantikan inspirasi karyamu. Harapannya majlis ini akan mewarnai semua jiwa...