Rabu, 20 Mei 2009

Syurga Kiamat


Melihat pada kedua-dua judul filem tersebut pun kita sudah tahu. Yang di atas 'surga' dan yang di bawah 'kiamat'. Kedua-duanya perkara yang kita tidak nampak. Meskipun begitu kedua-duanya pasti berlaku dan saling memerlukan.

Filem Syurga Cinta merupakan disutradarai Ahmad Idham manakala filem Kiamat Sudah Dekat (filem seberang) pula disutradarai oleh Deddy Mizwar. Meskipun dengan judul filem yang berlainan tetapi masih wujud persamaan di antara kedua-dua filem ini. Watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini seperti Sang Pemuda yang jahil mahu memikat Sang Dara yang alim dan dibantu oleh Sang Cilik (sebagai watak humor barangkali) dan Sang Bapa Si Dara yang alim dan tradisi.

Mungkin jalan cerita filem Syurga Cinta agak berlainan berbanding dengan filem Kiamat Sudah Dekat tetapi matlamat dan yang paling penting idea itu dicuplik bulat-bulat dari filem seberang. Pun begitu, penerbitan tidak memberi kredit kepada filem Kiamat Sudah Dekat tetapi bagi sebahagian penonton yang telah menonton filem Kiamat Sudah Dekat pastinya tahu dan merasai kebersamaan filem-filem tersebut.

Industri filem Melayu atau filem Malaysia akan lemah dengan idea-idea plagiat ini. Jadilah diri sendiri. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Dengan perbuatan begini sampai bila-bila pun industri filem Malaysia tak akan maju.

Aku sendiri pun tak pernah menonton filem Syuga Cinta ini. Ye lah pembukaan tayangan pun 21 Mei (esok) ni. Yang pasti nya aku tak akan tonton filem plagiat sebegini. Tak membina. Kamal Sabran pun tak pandang langsung filem sebegini. Sutradara tersohor Kamal Ariffin pun buat tak tahu aje. Tapi kalau kamu nak tengok jugak terserah. Duit kamu.

Tiada ulasan: