Jumaat, 29 Mei 2009
Khamis, 28 Mei 2009
Pekan Frinjan 2.0
Dengan segala hormatnya dijemput semua untuk turut memeriahkan acara Pekan Frinjan: Edisi Mei yang mengenengahkan aturcara berikut:
3.00 PETANG – 10.00 MALAM FLEAMARKET BARANGAN D-I-Y
Buku Independen / T-Shirt / Muzik & CD Demo /
Pelbagai Kraf DIY
5.00 PETANG BACAAN PUISI JALANAN oleh:
Adam Kasturi / Dila Raden / Shaira Amira /
Uthaya Shankar / Vovin / Fazleen / Rahmat Haron
8.00 MALAM GIG AKUSTIK “RONDO ASFALT” oleh:
Pak AGI / Arus / Wani Ardy / Mysthicus / Jayzuan /
Beeha / Dewangga Sakti + Zul / Meor / Nik + Black
SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomik semata-mata.
Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
019 389 3804 : Zulhabri | 012 682 8058 : Alina Abdullah | 012 231 1584 : Amir Muhammad
Memorandum Untok Pembaikan Sistem Pendidikan Nasional
1. Pelajaran Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ibunda dan Bahasa-bahasa Lain
Tiga tahun pertama di sekolah perlu ditumpukan kepada pengajaran Bahasa Kebangsaan, dan Bahasa Ibunda (bagi murid-murid bukan-Melayu). Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing yang terpenting diajar pada tahun ketiga. Amalan sekarang mengajar Bahasa Inggersi dari tahun pertama telah menenggelamkan Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu. Ini salah dan harus diperbetulkan segera.
2. Pelajaran Bahasa-bahasa selain Inggeris
Bahasa-bahasa asing, selain Inggeris, (Arab, Tamil, Mandarin, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain) boleh diajar dari Tingkatan III selama 2 tahun. Tujuan pelajaran bahasa-bahasa ini untuk mendidik mereka yang ingin melanjutkan perlajaran yang memerlukan bahasa-bahasa ini, atau yang ingin memasuki Perkhidmatan Diplomastik. (Bahasa-bahasa Mandarin dan Tamil diajar untuk menggalakkan perpaduan kaum di Malaysia.)
sambungan ->
Rabu, 27 Mei 2009
Idea bangang!
Selasa, 26 Mei 2009
Khamis, 21 Mei 2009
Malam Pesta Jiwa di Suara Keadilan Bil 182
Nota : InsyaAllah jika dimurahkan rezeki aku akan buat lagi program yang macam ini. Aku harap sangat Meor Folk, Hanem YKP, Pyanhabib, Tukar Tiub, Kamal Sabran, Rahmat Haron, Black, Nan Blues, Nik bin Jidan, Ape Ajela, Pojok Riang-riang, Azmyl Yunor, Airmas dan teman-teman lain akan turut bantu.
Rabu, 20 Mei 2009
Apa Ajela
Apa Ajela
Sahabat ketika sama-sama balik Ipoh
sahabat ketika sama tak berduit
sahabat ketika kereta mati petrol habis
sahabat ketika lapar tengah-tengah malam
sahabat ketika hantar barang pada customer
sahabat ketika beli barang daripada supplier
sahabat ketika pergi nonton bola di stadium
sahabat ketika pergi nonton bola di Restoran Asraf
sahabat ketika aku beli buku-buku baru
sahabat ketika tengok wayang,
sahabat ke KL,
sahabat ke Kedah,
sahabat Malam Pesta Jiwa
sahabat yang hutangnya masih belum aku lunaskan lagi (nanti gua bayar bro)
dan lain-lain lagi lah aku pon tak ingat.
Banyak sangat.
Sahabat ini dah buat blog sendiri dah... Kamu pergi sahaja ke blog dia... bagi comment banyak-banyak. --> http://jenamamanusia.blogspot.com/
Nota : Dia guna gambar Andrian Smith...
Syurga Kiamat
Melihat pada kedua-dua judul filem tersebut pun kita sudah tahu. Yang di atas 'surga' dan yang di bawah 'kiamat'. Kedua-duanya perkara yang kita tidak nampak. Meskipun begitu kedua-duanya pasti berlaku dan saling memerlukan.
Filem Syurga Cinta merupakan disutradarai Ahmad Idham manakala filem Kiamat Sudah Dekat (filem seberang) pula disutradarai oleh Deddy Mizwar. Meskipun dengan judul filem yang berlainan tetapi masih wujud persamaan di antara kedua-dua filem ini. Watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini seperti Sang Pemuda yang jahil mahu memikat Sang Dara yang alim dan dibantu oleh Sang Cilik (sebagai watak humor barangkali) dan Sang Bapa Si Dara yang alim dan tradisi.
Mungkin jalan cerita filem Syurga Cinta agak berlainan berbanding dengan filem Kiamat Sudah Dekat tetapi matlamat dan yang paling penting idea itu dicuplik bulat-bulat dari filem seberang. Pun begitu, penerbitan tidak memberi kredit kepada filem Kiamat Sudah Dekat tetapi bagi sebahagian penonton yang telah menonton filem Kiamat Sudah Dekat pastinya tahu dan merasai kebersamaan filem-filem tersebut.
Industri filem Melayu atau filem Malaysia akan lemah dengan idea-idea plagiat ini. Jadilah diri sendiri. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Dengan perbuatan begini sampai bila-bila pun industri filem Malaysia tak akan maju.
Aku sendiri pun tak pernah menonton filem Syuga Cinta ini. Ye lah pembukaan tayangan pun 21 Mei (esok) ni. Yang pasti nya aku tak akan tonton filem plagiat sebegini. Tak membina. Kamal Sabran pun tak pandang langsung filem sebegini. Sutradara tersohor Kamal Ariffin pun buat tak tahu aje. Tapi kalau kamu nak tengok jugak terserah. Duit kamu.
Selasa, 19 Mei 2009
Space Gambus Experiment @ Homegrown Space
*The Homegrown Space is part of an on-going project to encourage undiscovered and budding talents to join the Homegrown movement to promote and grow the local art scene. It is a dedicated “space” for artists from all walks to nurture and showcase their art.
It is a way for the company, Homegrown, to give back to the community by providing a positive and conducive environment for performances and giving artists a platform to showcase what they can do and what they are about.
Sabtu, 16 Mei 2009
Selamat Hari Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cik gu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Nota : Selamat hari guru kepada mereka yang benar-benar menjadi guru...
Khamis, 14 Mei 2009
Makan Malam Amal ISA
Tarikh : 16 Mei 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Besar Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Acara Majlis :
Jamuan, Persembahan Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" oleh Dinsman, Nasir Jani & Soffi Jikan, Bacaan Puisi oleh Hj.Mohd Sabu & Sasterawan Negara Pak Samad Said.
Anjuran : PAS Kawasan Bukit Bintang
Harga Tiket : RM 25.00
No Akaun CIMB : 122 300 6980 3521 ( Noriah Bt. Yunus )
Rabu, 13 Mei 2009
Selasa, 12 Mei 2009
mamposss!
mampos 1
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
menang balik kalah balik menang balik kalah balik
mampossssss!
- pyanhabib 12 mei 2009 8:20pm
mampos 2
jahanam (wail! wail!)
jahanam (wail! wail!)
habeas corpus
habeh kapeh
masuk angin keluar asap pus pus!
mampossssssss!!!
- KulupSakah 12 mei 2009 8:25pm
Nota : Kempen mamposss demokrasi seluruh negara... semua wajib tulis untuk posting hari ini....
------- =)
Khamis, 7 Mei 2009
Minta Sumbang
Setelah aku baca habis surat tu (alahai cuma 2 helai campur dengan lampiran borang bagi sumbangan) aku diberitahu yang sumbangan tu untuk biaya program budak-budak PMR, SPM dan STPM... Antara aktiviti dalam program budak-budak tu ialah kelas-kelas pemulihan, motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan... Dalam hati aku kate baguslah kalau sekolah nak buat aktiviti-aktiviti macam tu...
Tapi bile aku tengok jumlah perbelanjaan yang diperlukan ialah RM 8, 000 ... RM 8, 000 beb... Mak aih! Aku kate kelas pemulihan ape sampai 8, 000... Pemulihan dadah ke? Teknik-teknik ape sampai 8, 000?? Dia jemput pensyarah dari Oxford ke untuk bagi segala macam tip dan teknik jawab soalan tu?? Pakar motivasi mane yang dijemput sampai nak belanja dekat 8, 000??? Belanja fotokopi pun aku rase tak sampai RM 3, 000 ... Paling banyak pun RM 1, 000... Itu pun dah bole dapat berkoyan-koyan punye nota... Sampai berdarah hidung lah budak nak abis baca... Bertalu-talu soalan dan jawaban kat kepala hotak aku...
Setahu aku sekolah tak memerlukan duit nak sewa kelas atau bangunan... Pasal sekolah dah ade bangunan sendiri... Takkan buat kat hotel kot... Setahu aku jugak para guru ni tak perlu dibayar elaun untuk buat kelas tambahan atau kelas pemulihan (setahu aku la.. kalau salah bagitahu...) ...
Dah begitu dengan suratnye yang pendek... Lampiran detail aktiviti-aktiviti program pun takde... Lampiran detail belanjawan jangan harap lah... Ape punyer perancangan??? Perancangan melancong rangka musim cuti sekolah pon tak macam gini... Sungguh meragukan... Tahu-tahu mintak sumbang... Pendek kata sekolah ni cukup bijak dalam menjimatkan kertas... Beza masa aku mengemis nak buat Malam Pesta Jiwa hari tu... dah tunjuk detail belanjawan pun masih ade yang ragu-ragu... ye lah... Mase aku gi mintak sumbangan pon aku pakai tak smart... Tak hensem langsung... Mestilah diaorang ingat aku nak kebas duit tu...
Sekarang aku tengah pikir nak bagi atau tak... Nak bagi dah tentu aku bagi sikit punye... Pasal aku pun kopak beb... Tapi kalau aku bagi sumbangan pada album Dari Rakyat Untuk Rakyat lagi ok... Dah tentu marhaen... hah!!...
Nota : Sekolah tersebut adalah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia...
Isnin, 4 Mei 2009
DILEMMA
Dilemma - Apabila ade 2 kemungkinan dan kedua-dua kemungkinan tersebut adalah mustahil... (diambil dan dialih bahasakan dari mulut si Livius dalam filem The Fall of Roman Empire (1964) )
Mengaji (2)
Pengajian hari ini ade la dia punye peningkatan... lebih kurang 30 orang aku bilang tadi... pintu pagar yang paling mudah keluar-masuk berbanding dengan pintu pagar utama sudah tidak dikunci lagi... agaknye diaorang dah 'sound direct' kat tok siak tu agaknye...