Jumaat, 26 Disember 2008
Khamis, 18 Disember 2008
Pesta Buku
Tempat : Perpustakaan Tun Razak, Ipoh.
Jam : 10.00 pagi - 6.00 petang
Rabu, 17 Disember 2008
Selasa, 16 Disember 2008
Isnin, 15 Disember 2008
Alzheimer Disease Foundation Malaysia : Fund Raising Art Auction
Tarikh : 20 Disember 2008 ( Sabtu )
Tempat : Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Jam : 7:30 malam
Pertanyaan : 016 - 553 3391 (Kamal Sabran)
Rabak Akustika
Rabak Akustika... Malam khas untuk Meor Yusof Aziddin... Acara sampingan untuk Pameran Fotografi KERJA-KERJA KEBEBASAN... Saudara Meor turut memanggil rakan-rakan seniman yang lain seperti Black, Nick, Rahmat Haron dan Pak Isham untuk bersama-sama melaungkan erti tafsiran kebebasan masing-masing... Fahmi Redza pun datang dengan aweknya... Acara selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ini memang fun dan rabak... Aku dan Adha memang berada di KL untuk ke Sabah keesokan harinya... Lepas show terus pergi makan-makan dengan seniman (kecuali Azmyl Yunor - dia balik awal) dan kengkawan... Faisal Mustafa (organizer) bermurah hati untuk payung semua hidangan... Dalam pukul 1.30 pagi, Meor Yusof sendiri hantar aku dan Adha ke KL Sentral... Aku tunggu Skybus (mula khidmat jam 3.30 pagi) sampai tertidur bermimpikan tentang perkara-perkara rabak yang berimankan bebas.......
BILIK SULIT
20, 21, 22 & 23 Disember 2008
Jam : 8.30 malam
Tempat :
Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No. 13, 15 & 17 Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
( Belakang Central Market / Pasar Seni )
Tempat Terhad
Untuk Tempahan Hubungi : 012 - 465 1671 atau 012 - 384 2972
Bayaran : RM 10.00 ( Derma untuk keluarga ISA )
Rabu, 3 Disember 2008
NAFAS: Screening & Dialogue
Isnin, 1 Disember 2008
MEOR @ RABAK AKUSTIKA
Meor 'Folk' akan mengadakan persembahan yang diberi judul RABAK AKUSTIKA bersama-sama Azmyl Yunor, Hishamuddin Rais dan kawan-kawan....
06 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat :
PELITA HATI, 22, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Waktu :
8.00 malam
Masuk :
Percuma
Ahad, 30 November 2008
WILL ATAU WORLD
Dalam keriuhan kenduri-kendara kahwin ni, masyarakat kita masih terus disogokkan dengan perkahwinan artis... walaupun di tengah musim artis bercerai tetapi masih ade jugak artis yang nak kahwin... Dalam bab kahwin cerai artis ni jangan lawan dengan orang kita... Selalunya diaorang lebih laju dari wartawan... Dalam bab kahwin bulan Disember ini termasuk lah penyanyi pujaan ramai, Mawi...
Melihat kepada Mawi aku masih terkenangkan saat pujaan Malaya ni menang dalam pertandingan Realiti TV beberapa tahun lalu... Masa tu aku 'terpaksa' tonton sama sebab mase tu semua anak-beranak, adik-beradik aku nak tonton siri tu... Ye la... Kalau ade tv lain dah lame aku tukor channel lain... Tapi biasa la kan majoriti menjadi penentu... Inikan negara demokrasi.... Demokrasi... Kengkadang aku tak begitu setuju dengan idea mulia puak Greek ini...
Tengah-tengah diaorang wawancara Mawi, aku entah macam mana terambil perhatian pulak... Nak jugak aku dengor macam mane anak Felda ni jawab soalan... Antara yang dia beritahu ialah ade sorang brother yang memberi semangat yang kuat kepada dia... Dia kata "ko kalau nak buat sesuatu, ko kena ade world"... Lebih kurang macam tu lah si Mawi tu cakap... Aku pun dah tak ingat sangat... Nak ingat pun tak berapa penting... Tapi yang aku masih ingat ialah perkataan world itu.... Bukan sebab dia cakap English... Nak kata sebutan Inggerisnya sedap ala-ala Mat Saleh pun bukan... World.... Sebab aku sangsi penggunaan perkataan itu... Sehingga sekarang perkataan yang menjadi tagline dia melekat dengan nama-nama dia sekali... Yang aku tahu perkataan yang sebenarnya ialah WILL... Bukannya WORLD... Sebab tu lah ade perumpamaan Inggeris "Where There Is A Will There Is A Way".... Will yang dimaksudkan ini adalah Kemahuan... Takde kena mengenanya dengan world... Atau dunia... Sebutannya aje seakan-akan sama... Aku tak tahu lah kesilapan ini dibuat oleh dia sendiri atau pun wartawan... Yang wartawan pun tak kanlah tak paham-paham... Nak harap artis kita cakap dan paham bahasa orang putih, samalah jugak kalau nak harap artis orang putih cakap bahasa Melayu... Ye lah diaorang pun bukannya guna bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik diaorang.... Ape-ape pun baik aku layan lagu Cat Stevens, Wild World... Ok (all correct) ????......
Selasa, 11 November 2008
11 November - Hari Bunga Popi (bukan Bunga Cinta Lestari ya!)
BUNGA POPI
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.
Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.
Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.
Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.
Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!
Usman Awang
1955
Hari bersejarah ini aku tahu dari Tukar Tiub... Selama ini pun aku bukannya tahu pasal Hari Bunga Popi ni... Yang aku tahu Flop Poppy dan Poppy Mercury aje... =)
Segunung tahniah buat Pak Isham untuk usaha mengingatkan anak-anak muda tentang sejarah dunia dan sajak Almarhum Usman Awang....
Selasa, 4 November 2008
Album Pertama Kugiran Free Love
Sabtu, 1 November 2008
Khamis, 30 Oktober 2008
malas-malasan...
AWAS API PEREMPUAN INI - RAHMAT HARON
Jam sembilan pagi hari hartal 20 Oktober
tapi ini tahun 2008 – enam puluh satu tahun kemudian
dia menghembuskan
nafasnya yang penghabisan,
meninggalkan
sejarah besar
dan khalayak yang kecil
memberi hormat
pada tamat
jalan hidupnya;
di kuburan
pokok nangka
rumpun pandan dan pohon kelapa,
berkumpul
dua tiga orang anak-anaknya,
menangis
dua tiga orang cucu-cucunya,
sedikit sahabat-handai
sedikit keluarga
dua tiga kerat pemimpin
dan sedikit peminat
bersedih-sedihan mengalirkan air mata.
sedikit musuhnya Bernama RTM
-tiba-tiba membawa berita tanpa tipu setelah hayatnya tiada-
setelah helah bertahun-tahun dia dihitamkan tanpa putih,
paling kurang menjadi kelabu pun tak ada
dan
parti telah lama membuangnya.
benar ini bandar
ada urusan dan alasan
ada mesyuarat dan persidangan
ada kerja dan kesibukan
ada janji dan pertemuan
ada parti berseronok dan parti politik
apalah pentingnya
jenazah tanpa nyawa
“kita ambil hikmahnya
belajar sejarahnya, itu yang utama.”
ah, kuburan tanda kematian
pengkebumian itu ritual agama
adat resam dan budaya.
aku memang dah tak ada kerja lain
bolehlah menyibuk-nyibukkan diri,
kalau tidakpun
aku hanya
melepak dan berkhayal dan bermimpi dan bercakap dan membebel
tentang revolusi yang tak pernah jadi-jadi.
awan gelap
bergumpal hodoh
keruh langit
meratapi
pemergian seorang tokoh,
benar juga ini bukan pesta keramaian
tidak perlu berdedai-dedai
manusia seperti keldai
berbaris
memberi tabik hormat,
tidak perlu dipaksa semua ini,
dia bukan jenderal atau menteri atau longgokan bangkai-bangkai di makam-makam mahal atau artifak awetan dalam muzium
penuh prestij, ada kelas dan tinggi martabat itu.
dingin selepas asar
waktu arab
kasar hujan berat dan angin kuat
kencang bertiup
lembut tanah basah
kampung
mengambus jasadnya
di
begitulah keras hatinya
seperti waja keluli.
Kesedihanpun mengalir
dalam hatiku seorang laki-laki
yang lemah
tak berdaya berdepan dengan sejarah dan cerita
gagahnya
aku hanya berkata-kata, bercakap, menjerit terlolong
terhoyong-hayang
meneguk alkohol, memegang botol-botol kecewa
sambil melukis atau menulis-nulis puisi cinta dan benci.
Kau tahu, suatu waktu dia cukup garang bersuara
melaungkan revolusi merdeka ibu pertiwi
seorang perempuan penuh api di dada
jiwa yang luas, fikiran yang cerdas
otakku semakin kerdil dibuatnya
aku hanya bersemangat buas,
tapi melihat matanya aku menjadi terlalu ringan seperti kapas
dan buta kerana warnaku cukup pekat merahnya tapi hanya pada buku dan gaya dan cap dan jenama dan stail dan fesyen belaka.
berat senjata dan cita-cita di tangannya – tangan seorang perempuan
yang menggoncang penjajahan dan dunia ketuanan laki-laki
di tanganku hanya keringat
gementar kesejukan
kederatku selalu tak larat
merdekaku hanya khayal semata
dan dia serikandi benar-benar memegang janji
sebuah revolusi
merdeka dengan darah!
“pengorbanan, berkorban, terkorban”
dan dia adalah korban,
dalam perjalanan sejarah yang panjang
dalam perang melawan penindasan
dalam darurat dan khianat
dalam berontak
meniti zaman pergolakan.
dia benar-benar
menyintai tanah air
seorang kawan
seorang komrad
seorang pemberani
seorang gerilyawati
seorang sosialis
seorang komunis
seorang pemimpin
seorang pemikir
seorang penulis
seorang pensyarah
seorang buruh kilang besi
seorang kekasih
seorang isteri
seorang emak
seorang nenek
dan tindakan-tindakan telah bergerak
amal dan pengalaman
telah mengoyak-ngoyakkan teori
kulit luruh menampakkan isinya.
Tapi aku cuma bermimpi
dan dia benar-benar nyata
bukan khayal membina syurga di bumi.
aku lelaki kehilangan upaya
hanya rupa seolah wira
ber t-shirt kan che guevara
dan wajah-wajah gagah
engels, marx, lenin, stalin, trotsky, castro
atau lei feng atau ak gopalan – AKG,
iya yang kutatap masih juga tegap tubuh-tubuh laki-laki.
di tanganku panji-panji
berbenderakan tukul dan sabit dan kukuh genggaman tangan
buruh dan petani
memetik bintang-bintang
keindahan ayat-ayat cerita orang lain
sengsara dan bahagia oktober 1917
sengsara dan bahagia rakyat di Kuba
sengsara dan bahagia di Selatan Amerika
aku menjadi pengkhayal rupanya
mendambakan romantika kejayaan revolusi yang jauh
lalu menghirup teh tarik kow kurang manis
di restoran mydin bangsaT utama
bersama kawan-kawan
roti canai mencecah kari
bersembang dan berbual panjang tentang itu dan ini
menunggu datangnya mati.
peduli apa aku
pada deng xio peng
atau mao tse tung
pada merah
revolusi budaya
tapi aku peduli
padanya
Shamsiah Fakeh
dan AWAS revolusi
tanah Melayu,
iya
revolusi
yang gagal itu
kerana
dia berjaya
menyalakan
api dalam diriku
untuk belajar menjadi seorang laki-laki berani
bukan berani menjadi hamba atau tuan
tapi tidak takut mengangkat saksama sesama manusia
salutku pada nya
seorang perempuan
revolusioner sejati.
20 Oktober 2008
aku tak hadir di sekolah revolusi.
dari kuchai lama
ke tanah perkuburan kg. malaysia raya, sungai besi, kl.
- salam takziah buat keluarga Shamsiah Fakeh.....
Rabu, 15 Oktober 2008
Sabtu, 11 Oktober 2008
Shah Rukh Khan dapat Datuk
Ngape tak bagi pada Uwei ke atau Khalid Salleh ke? Banyak lagi orang Malaysia yang layak...
Rabu, 8 Oktober 2008
Isnin, 29 September 2008
Ahad, 21 September 2008
Khamis, 18 September 2008
Selasa, 16 September 2008
Selasa, 9 September 2008
Jumaat, 5 September 2008
POLITICOMIX
Aku dapat daripada blog PolitiComix. Boleh dikatakan seantero politik dunia di'komik'kan. Tafsir dalam-dalam...
BELASUNGKAWA
Ahad, 31 Ogos 2008
Jumaat, 22 Ogos 2008
PERSIAPAN JIWA
Aku tak tahu penerimaan orang ramai tentang Malam Pesta Jiwa ini. Kepada Penguasa Alam yang masih memberi nafas kepada kami, perkenankan majlis ini. Kepada para karyawan, kami nantikan inspirasi karyamu. Harapannya majlis ini akan mewarnai semua jiwa...
Khamis, 31 Julai 2008
BELASUNGKAWA
Negara telah dikejutkan dengan pemergian S Othman Kelantan malam tadi akibat serangan jantung.Al-Fatihah.
(sumber : http://usratika.blogspot.com/)
Latar Belakang Penulis
(sumber : http://malay.rhythm.com.my/sOthman.asp)
Dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis pada tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.
Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979). Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.
Daripada krew Lantera Jiwa : Moga-moga sorga lah di tanganmu... Tuhanlah disisimu... AL-FATIHAH...
Khamis, 24 Julai 2008
MALAM PESTA JIWA (Pertama Kali di Perak)
Masa :
9.00 malam
Tempat :
Rumah Yayasan Kesenian Perak (YKP)
No. 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan,
31400 Ipoh, Perak.
Masuk :
Percuma
Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat indipendent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa. Program yang diilhamkan oleh Saudara Meor Khairol Nizam dan Saudara Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Saudara Adha Effendy, Saudara Syed Muhammad Sharif, Saudara Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak.
Semua seniman yang dicadangkan bergerak secara independent (indie) dan mengetengahkan karya-karya seni yang bersifat rakyat, perjuangan dan isu-isu semasa dan nilai-nilai yang membina. Apa yang lebih membanggakan bahawa seniman yang dicadangkan ini mempersembahkan karya ciptaan sendiri dan berbentuk kerohanian (spiritual) dalam mendidik. Karya-karya mereka mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Karya-karya mereka juga berbentuk memimpin bukan untuk dipimpin.
Tetamu khas untuk program ini Pak Hishamuddin Rais yang akan memberi sedikit ucapan perihal kesenian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Pyan Habib (http://pyanhabib.blogspot.com)
Pyan adalah penyair yang sangat popular, dikenali dan unik dan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Meor Yusof Aziddin Meor Hassan (http://www.pestajiwa.net)
Penyanyi folk yang telah memiliki 6 buah album di antara tahun 2001-2008. Antara album-album beliau ialah Pesta Jiwa, Pesta Jiwa 2, Itu Padang…Aku Di Situ, Aku Dan Bulan, Yang Terlintas Difikiran dan Sakrat. Juga sering terlibat dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan di Kuala Lumpur seperti program KL Sing Song, Asean Singer/Songwriter dan banyak lagi. Beliau pernah menganjurkan program kesenian yang bertajuk My Outsider Art yang telah diadakan Central Market. Meor juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kesenian yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) seperti program PROTES pada 6 Julai 2008 yang lalu dan Malam Kesenian Paksi pada 18 Julai 2008 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Selain itu, Meor juga terlibat dalam penerbitan album dan penggubah muzik untuk artis seperti Sohaimi Meor Hassan, Black dan Nik. Black dan Nik merupakan artis yang berkonsepkan muzik folk sebagai teras dalam berkarya. Meor pernah bekerja di Yamaha Music selama 8 tahun dari tahun 1996-2004 sebagai product consultant/guru musik. Juga pernah menimba pengalaman sebagai pemuzik jalanan (busker) sepenuh masa selama hampir 2 tahun pada pertengahan 2004-2006.
Meor juga seorang kolumnis di www.tokeikedai.net.my dalam ruangan ‘Sembang Tepi Jalan’ dan menulis dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid Mingguan Wasilah, Konsep dan Suara Keadilan. Kini bekerja sebagai Pegawai Teknikal di sebuah syarikat Telekomunikasi Tele-Infra Sdn Bhd yang beroperasi di Ipoh, Perak.
Tontoni Meor dalam The Wknd.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Black (http://kugiranjalanan.wordpress.com)
Black (Amin Iskandar) adalah seorang aktivis/penyanyi/blogger yang terkenal di Kuala Lumpur. Konsep muzik yang dimainkannya adalah folk dan Black pernah muncul dengan sebuah album pada tahun 2007 yang bertajuk Hentikan Perang Sekarang. Selain itu, Black merupakan seorang penulis di malaysiakini.com.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Nan Blues
Nan atau nama sebenar Aznan Aziz adalah pemuzik jalanan yang berpengalaman selama 20 tahun bermain muzik di hotel dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun NGO. Pernah bermain dengan kumpulan muzik Blues Gang di hotel-hotel sekitar KL. Menjadikan muzik sebagai kerjaya sambilan. Nan juga dianggap antara pemuzik jalanan yang berjaya di mana beliau adalah pemuzik jalanan tetap yang dibayar untuk mengadakan persembahan di Downtown, Cheras. Konsep muzik yang dimainkannya adalah blues/folk. Akan muncul dengan album yang juga berkonsepkan blues/folk dalam sedikit masa lagi
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Rahmat Haron (http://www.kerbau.com/rahmatharon)
Rahmat merupakan seorang penyair/pelukis/aktivis yang berkharisma dan sering mengadakan persembahan didalam dan luar negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Australia. Rahmat Haron juga dianggap sebagai penyair abad ke 21, di mana cara pembacaan dan penghayatannya unik jika dibandingkan penyair-penyair stereotype yang sedia ada di Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Azmyl Yunor (http://yat.ch/yunor) / (http://www.myspace.com/azmylyunor)
Azmyl merupakan seorang artis folk yang bertanggungjawab menganjurkan program Troubodour,Singer/Songwritter dan KL Sing Song. Pernah muncul dengan sebuah album. Menimba pengalaman sebagai street busker di Australia selama tempoh pelajarannya di sana. Kini mengajar di sebuah kolej di Petaling Jaya.
Tontoni Azmyl Yunor dalam The Wknd.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Suhaimi Hj. Muhammad
-----------------------------------------------------------------------------------------------
• Lantera Jiwa