Ahad, 30 November 2008

WILL ATAU WORLD

Esok masuk bulan Disember... Budak sekolah masih tengah syok cuti sekolah... senario di Malaysia lain seperti di negara luar... Masyarakat terutamanya orang Melayu gemar memilih tarikh cuti sekolah untuk mengadakan kenduri kahwin... Ngape tak dibuat tarikh lain? aku pun tak tahu... dan tak nak ambik tahu... Kengkadang dalam 1 hari ade 4-5 jemputan... ade yang aku datang... ade yang aku tak datang... selalunya aku tak datang... (janganlah ikut perangai aku... kalau nak ikut, aku tak paksa)....

Dalam keriuhan kenduri-kendara kahwin ni, masyarakat kita masih terus disogokkan dengan perkahwinan artis... walaupun di tengah musim artis bercerai tetapi masih ade jugak artis yang nak kahwin... Dalam bab kahwin cerai artis ni jangan lawan dengan orang kita... Selalunya diaorang lebih laju dari wartawan... Dalam bab kahwin bulan Disember ini termasuk lah penyanyi pujaan ramai, Mawi...

Melihat kepada Mawi aku masih terkenangkan saat pujaan Malaya ni menang dalam pertandingan Realiti TV beberapa tahun lalu... Masa tu aku 'terpaksa' tonton sama sebab mase tu semua anak-beranak, adik-beradik aku nak tonton siri tu... Ye la... Kalau ade tv lain dah lame aku tukor channel lain... Tapi biasa la kan majoriti menjadi penentu... Inikan negara demokrasi.... Demokrasi... Kengkadang aku tak begitu setuju dengan idea mulia puak Greek ini...

Tengah-tengah diaorang wawancara Mawi, aku entah macam mana terambil perhatian pulak... Nak jugak aku dengor macam mane anak Felda ni jawab soalan... Antara yang dia beritahu ialah ade sorang brother yang memberi semangat yang kuat kepada dia... Dia kata "ko kalau nak buat sesuatu, ko kena ade world"... Lebih kurang macam tu lah si Mawi tu cakap... Aku pun dah tak ingat sangat... Nak ingat pun tak berapa penting... Tapi yang aku masih ingat ialah perkataan world itu.... Bukan sebab dia cakap English... Nak kata sebutan Inggerisnya sedap ala-ala Mat Saleh pun bukan... World.... Sebab aku sangsi penggunaan perkataan itu... Sehingga sekarang perkataan yang menjadi tagline dia melekat dengan nama-nama dia sekali... Yang aku tahu perkataan yang sebenarnya ialah WILL... Bukannya WORLD... Sebab tu lah ade perumpamaan Inggeris "Where There Is A Will There Is A Way".... Will yang dimaksudkan ini adalah Kemahuan... Takde kena mengenanya dengan world... Atau dunia... Sebutannya aje seakan-akan sama... Aku tak tahu lah kesilapan ini dibuat oleh dia sendiri atau pun wartawan... Yang wartawan pun tak kanlah tak paham-paham... Nak harap artis kita cakap dan paham bahasa orang putih, samalah jugak kalau nak harap artis orang putih cakap bahasa Melayu... Ye lah diaorang pun bukannya guna bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik diaorang.... Ape-ape pun baik aku layan lagu Cat Stevens, Wild World... Ok (all correct) ????......

1 ulasan:

ubilepih berkata...

yes yg cat stven nyanyi tu paling best..yg copy cat dah tak berapa layan,mawi tau tak cat steven tu sape gamaknya..ha..ha..wa layan lagu morning has broken