Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2011

Peristiwa Besar di Lapangan Terbang Taiping

Pada 12 Ogos 1945, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ibrahim Yaacob, sebagai pemimpin-pemimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung, iaitu badan yang ditubuhkan dengan sokongan dari pemerintah tentera Jepun di Tanah Melayu untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selepas mereka menarik diri) telah bertemu dengan Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping. Pemimpin-pemimpin KRIS dan pemimpin-pemimpin politik Indonesia yang sedang dalam perjalanan pulang dari pertemuan mereka dengan pemerintah Jepun di Markas Asia Tenggara mereka di Saigon itu telah bersetuju pada hari itu bahawa Tanah Melayu akan bersama-sama Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.

Buku DR. BUHANUDDIN AL-HELMY - PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN (Kamarudin Jaffar)

Selasa, 11 November 2008

11 November - Hari Bunga Popi (bukan Bunga Cinta Lestari ya!)

Pada 11.11.1918 ( Armistice Day ) jam 11.00 pagi telah ditanda tangani Perjanjian Damai antara Tentera Bersekutu dengan German untuk menamatkan Perang Dunia Pertama.


BUNGA POPI


Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Usman Awang
1955


Hari bersejarah ini aku tahu dari Tukar Tiub... Selama ini pun aku bukannya tahu pasal Hari Bunga Popi ni... Yang aku tahu Flop Poppy dan Poppy Mercury aje... =)
Segunung tahniah buat Pak Isham untuk usaha mengingatkan anak-anak muda tentang sejarah dunia dan sajak Almarhum Usman Awang....

Selasa, 16 September 2008

KE ARAH BANGSA YANG LEBIH MAJU


16 SEPTEMBER 1963...

SELAMAT HARI MALAYSIA!!!