Isnin, 1 Jun 2009

Manusia Yang Kaya Harta Di Malaysia

Lihat senarai nama-nama di atas adakah di antaranya saudara, kenalan atau tetangga kamu? Kalau ada, jangan lupa tanyakan pada dia apa yang dia telah lakukan untuk memperbaiki hidup mereka yang telah kehilangan kerja? Juga jangan lupa bertanyakan pada dia dari mana sumber yang membolehkan dia tergolong dalam senarai di atas?

Sumber dicuplik di sini.

6 ulasan:

Marniyati berkata...

Salam.

Syukur, ada juga pejuang Islam yang kaya di Tanah Melayu ini dan syukur mereka ini tidak melupakan amal bakti kepada orang lain.

Sedih juga ya, lebih ramai bukan Melayu yang kaya berbanding yang berbangsa Melayu.

priory of jenin berkata...

marniyati.
jgn jadi naif. orang kaya tak ramai yang tak kedekut. pejuang islam? harap yg syed seorang tu la. tu pun hasil ntah elok ke tak. tak berani cakap.
tahniah umno yang berjaya menjaga orang melayu selama ini.

D'Rimba berkata...

Salam, jangan lupa lihat juga blog saya ada iklan acara sastera di DBP dan Istana Budaya. Lain kali jika ada aktiviti tolong tinggalkan jejak di blog saya. Saya juga mahu sertai dan boleh tolong iklankan. Sudah berapa acara saya ketinggalan. Aduahi geram betulla. Saya juga boleh dijemput baca puisi kerana saya juga dekalamtor. Pernah mendapat tempat beberapa kali dalam beberapa negeri dalam pertandingan dekalamsi. Pernah juga menjadi juara. Seringkali mendapat jemputan deklamasi hingga ke Pahang beberapa kali. Terbaru jemputan RTM dalam rancangan Hujung Minggu Malaysia secara langsung baca sajak hari pekerja. Jumaat lepas baca puisi di Rumah Pena.

D'Rimba berkata...

Sumbernya kena kuat politikla apa lagi. Hahaha...........Kalau bapa pernah jadi PM lagi mudah jadi kaya raya. Huhuhu.........

D'Rimba berkata...

Politik berdegar tapi ekonomi orang lain kuasai. Hairan bin ajaib namanya negara kita ini. Pelik betul.

lanterajiwa berkata...

Salam... saudara D'Rimba...

Pihak kami akan mengadakan satu malam kesenian yg belum diberi tajuk khas lagi. Majlis akan dilangsungkan pada 26 Jun 2009 di Laman Teratak Budi Pak Karamu, Sg. Sumun, Bagan Datoh.

Antara seniman yg terlibat ialah Meor Pesta Jiwa, Nik Busker, Pyanhabib, Kulup Sakah, Hariry Pojok Riang-Riang serta beberapa seniman lain (sedang dalam proses lagi).

Aku selaku koordinator program menjemput saudara untuk sama-sama menaikkan 'ereksi' majlis tersebut. Jika saudara setuju, emailkan persetujuan saudara di lanterajiwa@gmail.com dan selepas itu, apa-apa perkara tentang program tersebut akan dibincangkan di ruangan email.

Sekian, terima kasih.