Rabu, 23 November 2011

SATU MALAYSIA

Dulu... Sekitar 1992 rasanya. Semasa aku di sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan. Mase tu aku dan adik aku ke sekolah menaiki bas sekolah. Pergi dan balik naik bas sekolah. Ketika balik sekolah, kami akan tunggu bas sekolah tersebut di depan rumah Pak Cik Kadir.
Segelintir murid, tak kira yang mak ayah ambik atau pun 'feri' polis ambik, semuanya akan tunggu di depan rumah Pak Cik Kadir. Berkenaan dengan 'feri' polis ni, aku tak tahu ngape trak polis PPH nih dipanggil 'feri'. Pak Cik Kadir merupakan kerani sekolah. Rumahnya betul-betul di depan sekolah. Sungguh bertuah Pak Cik Kadir. Dia boleh lambat-lambat datang ke sekolah. Tapi itu bukanlah benda yang aku nak ceritakan.
Yang aku nak ceritakan adalah berkenaan dengan pemandu bas sekolah kami. Namanya Suresh (kalo tak silap). Berbangsa Sikh. Kami memanggilnya Uncle Suresh. Ketika balik sekolah, Uncle Suresh akan memberhentikan bas beliau di hadapan Gurdwara Sahib (juga depan sekolah, seberang jalan dan menghala ke Tambun). Dengan pantas beliau akan ke seberang jalan untuk mengambil sambil memimpin tangan kami ke seberang. Kalo 10 orang, dia akan berulang kali ke darat ke baroh. Yelah tangan dia pun ade 2 je. Pernah seorang budak kena marah kaw-kaw sebab bajet cool seberang jalan Tanjong tanpa pengawasan dia. Ketika itu belum ada slogan One Malaysia...

3 ulasan:

Sri Mersing berkata...

Jalan dari Ipoh nak ke Tg rambutan masa tu sunyi. Takut kena bunuh dengan samseng cina.

atau mungkin sebenarnya itu hanya perasaan perkauman yang diapi-apikan oleh 'mereka'?

Unknown berkata...

lama dah teman tak dengo orang berlaabu sebut `darat ke baroh'.

Mike apa habo?

lanterajiwa berkata...

jiwa rasa...

teman sihat-sihat... nanti biler balik sg siput, call-call ler teman...

http://www.facebook.com/meor.lantera