Rabu, 23 November 2011
PAK LONG
Dulu. Di tahun 1990 rasenye. Ketika Piala FA baru diperkenalkan. Ketika BMX masih menjadi kegilaan budak-budak. Ketika itu setiap malam aku mengaji Al-Quran di rumah Almarhum Pak Long di Ulu Kinta. Sehingga kini aku masih tidak tahu siapakah nama sebenar Pak Long. Semua orang memanggilnya Pak Long. Yang tua, yang muda. Semuanya.
Pak Long adalah individu yang cukup garang semasa mengajar, Rotan dan libasan antara medium pengajarannya. Masih diingat lagi, setiap kali ketika habis waktu pengajian, kami akan dibariskan dan diajar cara-cara berkawad. Tak kira berseluar atau berkain, lelaki atau perempuan, semua berkawad di dalam rumahnya. Oh ya, Pak Long merupakan bekas polis.
Rumahnya pula bersambung dengan kedai runcit yang diusahakan keluarganya. Keluarganya ketika itu bukanlah besar sangat. Hanya tinggal Mak Long (isteri keduanya), arwah anaknya dan Pak Long sendiri. Seingat aku, arwah anaknya juga adalah antara yang gila BMX. Setiap hari, Pak Long akan mengambil sendiri anak-anak muridnya menggunakan van beliau. Rumah/kedainya kini sudah tiada dan tapak rumah tersebut telah dijadikan Masjid Ulu Kinta.
Antara anak Pak Long yang terkenal (ketika bersama arwah bini pertamanya) ketika itu ialah aktress 90an - Nur Albaniah. Antara menantunya ialah pelakon Isma Alif. Tapi semua di atas, bukanlah perkara yang ingin aku ceritakan.
Yang ingin aku ceritakan ialah menurut Pak Long, ketika dia remaja, pemain Perak dan Malaysia yang terkenal ketika itu dipanggil Garuda. Tidak aku pasti siapa sosok yang digelar Garuda itu. Pada fikiran aku, mungkin pemain ini bermain di bahagian wing maka masyarakat menggelarkannya GARUDA. Sebelum terlupa, di malam pengajian, ketika Final Piala FA pertama sedang berlangsung, Pak Long meng”on”kan televisyen. Keputusan semasa pasukan Perak ketinggalan 0-2. Pak Long dengan selamber berkata yang pasukan Perak akan menang. Kami pun dihantar pulang. Esoknya kami bercuti…
Isnin, 21 November 2011
Sutini
Di tahun 2006 rasanya... Ketika itu Cikgu Ahmad Shamsuddin, Adha Effendy dan aku gemor benor makan Nasi Ayam Singapore di CT Mewah, Teluk Intan. Tak tahulah mengapa Nasi Ayam itu ditambah nama Singapore. Mungkin tukang masaknya belajar di Singapore. Mungkin. Tapi bukan itulah yang nak aku ceritekan.
Di satu ketika pejabat aku pernah didatangi mamat-mamat buruh binaan Indonesia yang memohon aku redesign semula logo Dewa19. "Mahu bikin blok kaos" kata mereka. Aku redesign juga buat mereka. Tetapi Sutini (kurang ingat aku namanya), hanya seorang pelayan Restoran Nasi Ayam Singapore, begitu teruja dan bersemangat menceritakan perihal puisi Chairil Anwar, Asrul Sani, Rendra dan beberapa nama lagi kepada kami.
Justeru kami minta dia mencari kerja lain yang sesuai dengan pengetahuannya.
Sokernet.blogspot
Antara blog yang dikira wajib baca setiap kali aku mengkonek internet. Pandangan-pandangan, kritikan-kritikan, cacian makian para pengulas (Firdaus Abdillah Hamzah, Lucius Maximus, Fdaus Ahmad) blog ini boleh ku anggapkan sebagai ungkapan yang lahir dari mata sufi yang menjangkaui dek pemikiran.
Tidak melihat akan indahnya kilauan emas yang membutakan mata. Tidak melihat kemenangan merupakan sesuatu kemenangan dan melihat kekalahan merupakan satu pengorbanan. Tidak jua mereka melihat kebenaran adalah titik kepada kenyataan.
Harus jua aku mengingatkan kepada diriku bahwa pandangan-pandangan, kritikan-kritikan, cacian makian merupakan salah satu jalan ke arah kemenangan yang masih jauh. http://sokernet.blogspot.com/
Jumaat, 18 November 2011
SUPER BANGANG
Pertama kali tahniah buat team bola Malaysia. Tapi untuk game malam ini sahaja. Secara keseluruhan masih tidak. Menang 1-0 ke atas team bola SUPER BANGANG Asia Tenggara, Indonesia. Team bangang kalah dengan team yang (hurm) hampir 2 x 5 juga. Bukankah super bangang?
Jika kamu lihat senarai pemain Indonesia yang beraksi di liga luar negara menjangkau lebih 2 pasukan. Itu pun team senior masih menggunakan khidmat pemain kerakyatan. Tapi masih gagal dalam Piala Asia Tenggara. Masih gagal dalam Piala Asia. Bukankah super bangang? Piala Dunia? Hurm… depa pun pasang angan-angan bangang juga.
Masih tidak cukup super bangang? Ingatkah kamu tentang insiden Piala Tiger (tahun bile lupe), pemain pertahanan dengan selamber menendang bola masuk ke gawang sendiri gara-gara mahu memenangkan pasukan lawan supaya tidak bertemu dengan Vietnam? Tak ke super bangang namanya?
Mengape aku tiba-tiba mengkritik Indonesia? Mengape tak boleh? Sudah ku beli berkotak-kotak buku mereka, ku bantu ekonomi mereka, tapi tak boleh kritik? Lu emang bangang.
(gambar dirakam petang tadi di Pos PATI Langkap)
Isnin, 14 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)