Pada
12 Ogos 1945, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan
Ibrahim Yaacob, sebagai pemimpin-pemimpin
KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung, iaitu badan yang ditubuhkan dengan sokongan dari pemerintah tentera Jepun di Tanah Melayu untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selepas mereka menarik diri) telah bertemu dengan
Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping. Pemimpin-pemimpin KRIS dan pemimpin-pemimpin politik Indonesia yang sedang dalam perjalanan pulang dari pertemuan mereka dengan pemerintah Jepun di Markas Asia Tenggara mereka di Saigon itu telah bersetuju pada hari itu bahawa Tanah Melayu akan bersama-sama Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada
17 Ogos 1945.
Buku DR. BUHANUDDIN AL-HELMY - PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN (Kamarudin Jaffar)