Rabu, 25 Februari 2009

Pekan Sehari di Shah Alam


Tarikh : 1hb Mac 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi ke 6.00 petang
Tempat : Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam

Terdapat gerai buku independen, seni dan kraf, muzik dan zine serta stail dan fesyen. Antara yang turun ke bawah ialah Gerakbudaya, Oxygen, Sang Freud Press, Food Not Bombs, Ricecooker, Gua Punya, Friendz Saloon, Kek Cawan Dee Heart, The Brains, Pakatan Baju Rakyat, Kotak Couture, Di Kala Jingga dan banyak lagi. Persembahan muzik jalanan dari Meor & Nik, Wani Ardy, Crowd of None, Mr C Beatboxer, Ida Lisa, George Wong, Freak of Channel & Izzy Mohamed turut menjadi salah satu acara.

Pekan Sehari diselenggara Pekan FrinjanPekan Sehari. Pekan Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok independen. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

Untuk tempahan gerai yang masih dibuka, sila emel Zul di zulhabri@gmail.com atau kontak 019 - 389 3804. Satu gerai RM20.00 sahaja.

Tiada ulasan: