Isnin, 6 April 2009

SALORAN PECHAH...


Velvet Underground - Venus in Furs

Jumaat, 3 April 2009

Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor

Nama Meor bukan lagi asing bagi penikmat muzikal jalanan (busker) terutama di Central Market. Sang penulis lagu dan pelantun suara ini juga telah berjaya menyiapkan 6 album sepanjang beliau digelar seniman jalanan. Tergerak daripada cuit-muit, sepak terajang dunia elitas dan sensitiviti beliau terhadap golongan marhaen maka tercetuslah ilham bagi merakamkan album yang diberi judul 'Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Sesuatu perkara yang menarik tentang album yang bakal terbit ini ialah kerana kesemua lirik disumbangkan oleh mereka yang komited dalam perjuangan dengan cara masing-masing seperti Black (Amin Iskandar) , Rahmat Haron, Ubi Lepih, Abdullah Jones, Hishamuddin Rais, Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib. Merujuk kepada judul album yang merakyat maka Meor mengajak semua sosok yang bergelar rakyat untuk sama-sama menggalang dana menerbitkan album yang memberahikan kejujuran sejurus sebagai satu tatapan generasi esok...

Nama : Meor Yusof Aziddin Meor Hassan

Tempat Lahir :
Bruas, Perak

Mentor :
:: Bob Dylan
:: Beatles
:: Pink Floyd
:: Nick Drake
:: Cat Steven
:: Iwan Fals
:: Ebiet G. Ade
:: Gombloh
:: Dewa19
:: Padi
:: Kembara
:: King Crimson

Album:
:: Pesta Jiwa
:: Pesta Jiwa II
:: Itu Padang Aku Di Situ
:: Aku Dan Bulan
:: Yang Terlintas Di Fikiran
:: Sakrat

Catatan :
Meminati karya sastera seperti tulisan-tulisan daripada Pramoedya Ananta Teor, Usman Awang, Hamzah Fansuri, Fariuddin Attar, Chairil Anwar, Iqbal, Jalaluddin Rumi, Suhaimi Hj Muhammad, William Brake dan ramai lagi yang mana banyak mempengaruhi penulisan lirik-lirik Meor.

Khaifiat Sumbangan Dana :
Rujuk ke blog saudara Meor di sini...

Kredit :
http://www.pestajiwa.net/2009/03/this-is-realdrurdari-rakyat-untuk-rakyat/
http://aminiskandar.wordpress.com/2009/04/11/mohon-sumbangan-dana-untuk-pembikinan-album-drur/
http://kulupsakah.blogspot.com/2009/04/dari-rakyat-untuk-rakyat.html
http://abdullahjones.blogspot.com/2009/04/ketapang.html
http://ceritawayang.blogspot.com/2009/04/double-attraction.html

Khamis, 26 Mac 2009

Kembara Seniman Jalanan

Kalau nasib baik boleh jumpa sama Osman Tikus... =)

Khamis, 19 Mac 2009

Video Art From Japan


Tarikh : 25 Mac 2009 (Rabu)

Tempat :
Rumah YKP, 32, Laluan Tasek Timur 12,
Taman Seri Dermawan, 31400 Ipoh, Perak.

Waktu: 8.00 malam

Tel : 05 - 548 4150

Anjuran :
Yayasan Kesenian Perak &
Muzium Galeri Tuanku Fauziah USM

Maklumat lanjut :
http://sendawamalaysia.blogspot.com/2009/03/video-art-from-japan.html

http://www.rumahykp.org.my/

http://www.mgtf.usm.my/

Jumaat, 13 Mac 2009

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC


T-SHIRT ANTI PPSMI



T-shirt warna Putih
  • Cetakan 2 warna (Merah & Hitam)
T-shirt warna Hitam
  • Cetakan 2 warna (Merah & Putih)
Harga
  • RM 30.00 (Semenanjung Malaysia)
  • RM 35.00 (Sabah / Sarawak / Labuan)
________________________________________________________________

T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA


T-shirt warna Putih
  • Cetakan 1 warna (Maroon)
T-shirt warna Merah
  • Cetakan 1 warna (Putih)
Harga
  • RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
  • RM 30.00 (Sabah / Sarawak / Labuan)
________________________________________________________________

T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK

T-shirt warna Hijau (Forest Green)
  • Cetakan 1 warna (Putih)
T-shirt warna Putih
  • Cetakan 1 warna (Hijau)
T-shirt warna Hitam
  • Cetakan 1 warna (Hijau Pucuk Pisang / Apple Green)
Harga
  • RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
  • RM 30.00 (Sabah / Sarawak / Labuan)
________________________________________________________________

T-SHIRT KERANDA 152


T-shirt warna Putih
  • Cetakan 2 warna (Merah & Hitam)
T-shirt warna Hitam
  • Cetakan 2 warna (Merah & Hitam)
Harga
  • RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
  • RM 30.00 (Sabah / Sarawak / Labuan)
________________________________________________________________

Ukuran Saiz

________________________________________________________________

*** Informasi t-shirt :
  • Saiz XS, S, M, L, XL, XXL & XXXL.
  • Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
  • Warna t-shirt hanya yang tertera seperti di gambar sahaja.
  • Semua senarai harga termasuk kos biaya hantar.

Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com

1. Nama
2. Alamat penghantaran
3. Nama t-shirt
4. Saiz
5. Kuantiti
6. No. Telefon
7. Bukti Pembayaran (attach)...

** Tarikh tutup tempahan pada 29 Mac 2009
*** T-shirt akan mula dicetak pada
30 Mac 2009.

Rabu, 11 Mac 2009

Perarakan Maulidur Rasul

Sumber Gambar : Utusan Malaysia (m/s 14), Selasa, 10 Mac 2009.

Menjunjung sepanduk atau mengangkat sepanduk?

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul (SAW) 1430H / Birthday of The Prophet (PBUH) 1430H

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(Al-Qalam : 4)

And thou (standest) on an exalted standard of character.
(Al-Qalam : 4)




Talaal Badru Alaina dendangan seniman Art Fadzil.

Rabu, 4 Mac 2009

Kempen Anti - PPSMI (kasi PANAS hingga 7 Mac)

Dialog Isu PPSMI (Malam Ini)

Tajuk :
PPSMI : Building or Destroying the Nation?
(Tajuk pun Bahasa Inggeris??? Apa raaa...)

Tarikh : 4 Mac 2009 (Rabu)

Tempat : Auditorium Utama UIAM

Waktu : 8.00 malam

Panel :
YB. Salahuddin Haji Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan (PAS)

Datuk Dr. Hassan Ahmad
Mantan Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka

YB. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Pasir Salak (UMNO)

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat (Keadilan)

Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal
Koordinator Kampus Teras Pengupayaan Melayu

Persembahan Khas : Saudara Dinsman (Seniman)

_________________________________________________________________

Ceramah Anti - PPSMI (Esok)

Tarikh :
5 Mac 2009 (Khamis)

Tempat : Masjid Batu Permatang Pauh.

Waktu : 9.00 malam

Tokoh:

Sasterawan Rakyat Dato' A Samad Said

Sasterawan Azizi Hj. Abdullah

Penyair Dinsman

Hasni Abas

Cikgu Azmi - TERAS

Isnin, 2 Mac 2009

Ceramah Agung PPSMI di Taman Melewar

Tarikh: Jumaat 6 Mac 2009

Tempat: Markas Tarbiah PAS Tmn. Melewar

Waktu: 9.30 malam

Penceramah:

Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Hj. Mohamad Sabu

Dato' Dr. Hassan Ahmad

SN Dato' A. Samad Said

Prof. Dr. Shaharil Mohd. Zain

Lain-lain tokoh yang akan hadir:

SN Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh

Dato' Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim

Prof. Dr. Awang Sariyan

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Abas

Dato' Prof. Dr. Anuar Ridhwan

Dato' Baha Zain

Hj. Ahmad Subky Latif

Azizi Hj. Abdullah

Ustaz Hassan Shukri

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Dinsman

Hasni Abas

Pn. Ainon Mohd

Sabtu, 28 Februari 2009

Perhimpunan 100,000 raksasa hapuskan PPSMI (Parkir)

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang akan ikut serta dalam rapat raksasa anti-PPSMI pada jam 2 petang 7 Mac 2009 di depan Istana Negara, tuan-tuan boleh simpan kereta di tempat-tempat berikut:

1. Premis Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Premis rumah Gapena

3. Premis rumah Pena

4. Premis rumah Yayasan Penataran Ilmu

5. Premis rumah Puspanita

Rabu, 25 Februari 2009

Pekan Sehari di Shah Alam


Tarikh : 1hb Mac 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi ke 6.00 petang
Tempat : Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam

Terdapat gerai buku independen, seni dan kraf, muzik dan zine serta stail dan fesyen. Antara yang turun ke bawah ialah Gerakbudaya, Oxygen, Sang Freud Press, Food Not Bombs, Ricecooker, Gua Punya, Friendz Saloon, Kek Cawan Dee Heart, The Brains, Pakatan Baju Rakyat, Kotak Couture, Di Kala Jingga dan banyak lagi. Persembahan muzik jalanan dari Meor & Nik, Wani Ardy, Crowd of None, Mr C Beatboxer, Ida Lisa, George Wong, Freak of Channel & Izzy Mohamed turut menjadi salah satu acara.

Pekan Sehari diselenggara Pekan FrinjanPekan Sehari. Pekan Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok independen. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

Untuk tempahan gerai yang masih dibuka, sila emel Zul di zulhabri@gmail.com atau kontak 019 - 389 3804. Satu gerai RM20.00 sahaja.

Selasa, 24 Februari 2009

Himpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM (Esok)

Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Anjuran :
Solidariti Anak Muda Malaysia
badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan
anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan
(tanpa kira latar politik, kaum dsb)

Isnin, 23 Februari 2009

FORUM : MANSUHKAN PPSMI ( Malam ini )


Tarikh : 23 Februari 2009


Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Masa : 9.00 Malam

Ahli Panel :
Saudara Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Saudara Anwar Ibrahim.
Pengerusi GMP Dato' Hassan Ahmad
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid
Penggiat Teater Dinsman
Pengarang Ahmad Lutfi Othman
dan Wakil-Wakil NGO

Semua di persilakan datang.

Sabtu, 21 Februari 2009

Madu Tiga

Ini bukan cerita pasal politik di negeri aku lagi. Aku pun tak nak ambik tahu YB yang ada kahwin 2, 3 hatta 4 sekali. Karang tak pasal-pasal ada YB dipaksa letak jawatan... Dituduh tak bermoral. Ngepak lebor Sisters In Islam.

Kisahnya Ahmad Dhani telah melancarkan sebuah album melalui projek solonya yang diberi nama Muhammad Dhani & The Swinger. Salah satu lagu dalam album tersebut ialah lagu Madu Tiga. Amat menyedihkan media Indonesia meletakkan Ahmad Dhani selaku pencipta lagu tersebut. Sepertinya para wartawan hiburan di negara seberang tidak membuat kajian terhadap karya yang dihasilkan. Sedangkan pentolan kumpulan Dewa19 itu telah terang-terang memberitahu bahawa karya tersebut merupakan karya Al-Marhum P. Ramlee usai kunjungannya dalam rangka mempromosi album kumpulan The Rock yang juga merupakan projek solonya di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2009 yang lalu.



(Atas) Lagu Madu Tiga persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:53 . Ciptaan Ahmad Dhani.



(Atas) Lagu Killer Queen persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:58 . Ciptaan mendiang Freddie Mercury. Ini betul. Semua peminat Queen tahu.



(Atas) Rakaman salah satu persembahan lagu Madu Tiga yang dibawa oleh Muhammad Dhani & The Swinger di Kuala Lumpur. Dhani umum lagu karya P.Ramlee. Lihat 3:57 .

Menurut buku Senandung Seniman Agung P.Ramlee (atas), seni lagu Madu Tiga digubah oleh P. Ramlee manakala seni kata telah dikarang oleh S.Sudarmaji. Buku ini telah disunting oleh Datuk Zakiah Hanum (Ketua Pengarah Arkib Negara) dan diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd yang dicetak pertama kali pada tahun 1990.



(Atas) Lagu Madu Tiga yang didendangkan oleh P.Ramlee yang dipetik dari filem Madu Tiga.

Satu ketika dulu Dewa19 pernah membawakan lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia. Wartawan Malaysia menulis lagu tersebut adalah lagu kumpulan Dewa19. Padahal lagu tersebut adalah lagu kumpulan Kayak yang judul asalnya ialah Ruthless Queen. Meor Folk (Pesta Jiwa) ada menulis tentang perkara ini di ruangan Sembang Tepi Jalan dalam Tokei Kedai Online.



(Atas) Lagu Cintaku Tertinggal di Malaysia dendangan Dewa19.



(Atas) Lagu Ruthless Queen dendangan Kayak.

Aku ingatkan wartawan hiburan Malaysia yang tak buat kajian karya-karya sang penghibur tapi wartawan hiburan Indonesia pun juga.
Tuhan... berikan aku hidup satu kali lagi...

Selasa, 17 Februari 2009

LAWATAN MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI IR. MOHD NIZAR KE BAGAN DATOH

Rabu - 18 / 02 / 2009 (Esok)

3.00 ptg : MAJLIS HI-TEA di Parit Satu, Sg. Sumun

5.00 ptg : RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT di Bagan Sg. Tiang
7.00 ptg : KULIAH MAGHRIB di Surau Idrisiah, Kg. Sg. Betul

8.00 mlm : MAJLIS BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT di Hutan Melintang

~ Seluruh Rakyat Dijemput Hadir ~

Isnin, 16 Februari 2009

HIMPUNAN GABUNGAN PENDIDIK & NGO - ESOK


Tarikh : 17 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Berkumpul di pintu masuk Parlimen

Agenda : Penyerahan Memorandum kepada ahli Parlimen untuk membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Keterangan lanjut terdapat di blog Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).

Semua dijemput hadir beramai-ramai.....

Bawa jiwa raga anda bersama...

Selasa, 10 Februari 2009

Isnin, 9 Februari 2009

Siapa Boss Aku?

Esok buat pertama kali dalam sejarah dunia (rasanya lah) akan ada 2 MB yang akan ke pejabat SUK... 1 yang tak nak letak jawatan dan yang 1 lagi yang baru dapat jawatan... Apakah Dato SS sudah menyediakan 2 bilik MB yang berasingan? Atau pun kira siapa (MB) yang datang cepat, dia dapat bilik MB? Yang akan pening ialah pekerja-pekerja di SUK... Perintah siapa yang mereka nak ikut? Saksikan kesudahannya...

Tak sabo rasenye nak nunggu esok...

Belasungkawa : Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal Dunia

Roslan Shahrum (gambar), Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia hari ini di Hospital Batu Gajah akibat serangan jantung.

Moga sorgalah di tanganmu... Tuhanlah di sisimu... Al-Fatihah...