Sabtu, 21 Februari 2009

Madu Tiga

Ini bukan cerita pasal politik di negeri aku lagi. Aku pun tak nak ambik tahu YB yang ada kahwin 2, 3 hatta 4 sekali. Karang tak pasal-pasal ada YB dipaksa letak jawatan... Dituduh tak bermoral. Ngepak lebor Sisters In Islam.

Kisahnya Ahmad Dhani telah melancarkan sebuah album melalui projek solonya yang diberi nama Muhammad Dhani & The Swinger. Salah satu lagu dalam album tersebut ialah lagu Madu Tiga. Amat menyedihkan media Indonesia meletakkan Ahmad Dhani selaku pencipta lagu tersebut. Sepertinya para wartawan hiburan di negara seberang tidak membuat kajian terhadap karya yang dihasilkan. Sedangkan pentolan kumpulan Dewa19 itu telah terang-terang memberitahu bahawa karya tersebut merupakan karya Al-Marhum P. Ramlee usai kunjungannya dalam rangka mempromosi album kumpulan The Rock yang juga merupakan projek solonya di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2009 yang lalu.



(Atas) Lagu Madu Tiga persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:53 . Ciptaan Ahmad Dhani.



(Atas) Lagu Killer Queen persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:58 . Ciptaan mendiang Freddie Mercury. Ini betul. Semua peminat Queen tahu.



(Atas) Rakaman salah satu persembahan lagu Madu Tiga yang dibawa oleh Muhammad Dhani & The Swinger di Kuala Lumpur. Dhani umum lagu karya P.Ramlee. Lihat 3:57 .

Menurut buku Senandung Seniman Agung P.Ramlee (atas), seni lagu Madu Tiga digubah oleh P. Ramlee manakala seni kata telah dikarang oleh S.Sudarmaji. Buku ini telah disunting oleh Datuk Zakiah Hanum (Ketua Pengarah Arkib Negara) dan diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd yang dicetak pertama kali pada tahun 1990.



(Atas) Lagu Madu Tiga yang didendangkan oleh P.Ramlee yang dipetik dari filem Madu Tiga.

Satu ketika dulu Dewa19 pernah membawakan lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia. Wartawan Malaysia menulis lagu tersebut adalah lagu kumpulan Dewa19. Padahal lagu tersebut adalah lagu kumpulan Kayak yang judul asalnya ialah Ruthless Queen. Meor Folk (Pesta Jiwa) ada menulis tentang perkara ini di ruangan Sembang Tepi Jalan dalam Tokei Kedai Online.



(Atas) Lagu Cintaku Tertinggal di Malaysia dendangan Dewa19.



(Atas) Lagu Ruthless Queen dendangan Kayak.

Aku ingatkan wartawan hiburan Malaysia yang tak buat kajian karya-karya sang penghibur tapi wartawan hiburan Indonesia pun juga.
Tuhan... berikan aku hidup satu kali lagi...

Tiada ulasan: