Ahad, 8 Februari 2009

Jebat



Lakonan Nordin Ahmad... Sedih Weh...

Sabtu, 7 Februari 2009

Lokasi Ceramah Perdana Ditukar ke Kediaman MB

Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Rumah Menteri Besar Perak.

Yang memberi ucapan :
Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Saudara Tuan Haji Hadi
Saudara Nizar Jamaluddin


Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Harap maklum...

nak datang... datang...
tak nak datang... jangan datang...
kalau nak pasang bom... kena bawak banyak...

Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak


Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.

Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludinn

Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Semua harus hadir...

Jumaat, 6 Februari 2009

Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Tarikh :
6 Feb 2009 ( Jumaat )

Tempat :
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di sana untuk menyatakan rasa TIDAK puas hari atas tingkah laku rampasan kuasa yang dilakukan Najib Razak. Semua pecinta negeri dan demokrasi wajib hadir ke sana...

Warga Perak dambakan tindakan yang lebih radikal... Mengejut mereka yang ketiduran dengan seribu satu kekerasan ketika api sedang marak membakar adalah lebih baik dari kita rentung bersama di dalamnya.

Khamis, 5 Februari 2009

Mana dia Majoriti BN?

Berita tentang Perletakan Jawatan ADUN PKR (berita TV3 - >)

IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang "hilang" sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak V. Sivakumar berkata Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

"Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera," katanya.


Surat MB Perak kepada Tuanku (diambil dari blog Setpol)


Warkah YAB MB Perak kepada Tuanku


Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Kebenaran bukanlah kenyataan.... aduhai negeriku....

Rabu, 4 Februari 2009

Perhimpunan 100,000 sokong kerajaan PR Perak


Tarikh :
5 FEB 2009 ( KHAMIS )

Masa :
3.00 PETANG

7.00 MALAM - MUNAJAT

8.30 MALAM - SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

Tempat :
PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK, IPOH

KEHADIRAN SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA

SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG

Mencari pemimpin memang mahal...

Negeriku...

Hari ini, tidak sampai 24 jam beberapa keputusan pelik samada daripada Pakatan Rakyat dan daripada BN telah dibuat... Hari ini akan menjadi satu titik sejarah yang memalukan dalam senario politik negara kita... Ingat dan catat tarikh serta peristiwa hari ni weh... berita -->

Buat PKR dan DAP... lain kali pilih calon yang mahal... bukan yang murah... cibai betol... tragik... jarjisss...

Perhimpunan 100,000 raksasa hapuskan PPSMI

Tarikh : 07 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Di depan Istana Negara, KL.

Informasi lanjut -->



Gambar sekitar pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di Sogo pada 31 Januari lalu.

Selasa, 3 Februari 2009

Teater Bilik Sulit - DITANGGUHKAN

Teater Bilik Sulit telah ditangguhkan pementasannya minggu ini di Perak atas sebab huru-hara politik yang melanda negeri ini... Tarikh baru pementasan akan diberitahu kelak... Harap kome maklum...

Isnin, 2 Februari 2009

BILIK SULIT (lagi-lagi)

Tarikh :
06, 07 & 08 Februari 2009

Masa : 8.30 malam

Tempat :
Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK)

Bayaran : RM 10.00 ( Derma untuk keluarga ISA )

Tempat Terhad


Jumaat, 30 Januari 2009

Pindaan Tarikh Akhir Tempahan T-Shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu)

Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.

Informasi t-shirt :
  • Saiz XS, S, M, L dan XL.
  • Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
  • T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.

T-shirt warna putih
  • Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
  • Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

T-shirt warna hitam
  • Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
  • Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kos biaya hantar
  • RM 5.00 (semenanjung Malaysia)

Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009

Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP)

Tarikh : 31 Januari 2009

Tempat : Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO

Masa : 3.00 petang


Sementara itu mantan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyeru agar rakyat menggunakan kuasa undi pada pilihanraya akan datang jika kerajaan tidak melayani tuntutan GMP. Selain itu, Sebuah lagi perkumpulan aktivis bahasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang dianggotai 24 persatuan penulis di seluruh negara turut mengancam mengadakan "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 – bagi tujuan yang sama, dijadual pertengahan bulan depan. (berita Malaysiakini)

Khamis, 29 Januari 2009

INDEPENDENT DAY OUT FEST 2

Tarikh : 31 Januari 2009

Tempat : Dewan SJK (C) Yuk Choy, Ipoh

Masa : 12.00 tengahari

Tiket : RM18 (pra jualan) / RM23 (di hari dan tempat kejadian)

Penganjur : Bodysurf Music

Khamis, 22 Januari 2009

Bebaskan Gaza


Selasa, 20 Januari 2009

T-shirt KERANDA 152 (Hitam)

Ini untuk penggemar warna hitam... Harga untuk t-shirt hitam = RM 27.00... Kos biaya pos masih lagi RM 5.00 (semenanjung Malaysia)...

Isnin, 19 Januari 2009

T-shirt KERANDA 152

Salam... Teman-teman...
T-shirt putih cotton... Saiz XS, S, M, L dan XL ... Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja) ... 2 warna (Maroon & Hitam)...
T-shirt BELUM lagi dicetak... Aku tak cukup modal nak tempah cetak awal... Jadi apabila cukup 10 orang pembeli atau lebih daripada tu, maka baru aku tempah cetak.
Kalau tak cukup jugak 10 orang selepas daripada tarikh akhir, aku akan pulangkan semula duit orang yang telah menempahnya... Kiranya tak jadilah benda ni... kecewa gak... tragik... tragik...
Harga RM 25.00 sahaja... Pos RM 5.00 (Semenanjung Malaysia)...

Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (scan & attach)...

Tarikh akhir tempah 13 Februari 2009

Isnin, 5 Januari 2009

Forum - Mitos dan Realiti dalam Penaklukan Palestin

Tarikh : 9 Januari 2009

Tempat :
Auditorium Majlis Peguam (belakang Pasar Budaya)

Masa: 8.00 malam

Ahli Panel:
Dr. Rosli Omar, Hishammuddin Rais, Dr. Farish A. Noor & Prof. Gurdial Singh Nijar.

Penganjur:
The Malaysian Social Research Institute (MSRI), Cakap Rakyat Group dan Badan Peguam Malaysia.

BILIK SULIT (lagi)

Tarikh :
09, 10 & 11 Januari 2009

Jam : 8.30 malam

Tempat :
Komtar, Pulau Pinang.

Tempat Terhad

Bayaran : RM 10.00 ( Derma untuk keluarga ISA )

Ahad, 4 Januari 2009

Film Yesus versi Iran : Yesus Tidak Pernah Disalib

Laman Rasmi

Sebuah film tentang Yesus yang naskah skenarionya berdasarkan cara pandang Islam baru-baru ini dirilis di Iran. Film tersebut menimbulkan reaksi dari komunitas Kristen, karena Yesus diceritakan tidak mati disalib, tetapi digantikan oleh Yudas Iskariot. Film ini berjudul "The Messiah, The Spirit of God", ditulis, diproduksi dan disutradarai oleh produser asal Iran, Nader Talebzadeh. Film ini dibuat di Iran dan Yesus pun dimainkan oleh seorang aktor Iran. Film ini dibuat berdasarkan ajaran Al Quran tentang Yesus dan berdasarkan isi kitab Injil Barnabas, sebuah kitab yang tidak termasuk dalam kanonisasi Alkitab. Pembuatan film ini didanai oleh sebuah channel TV milik pemerintah Iran.

Dr. Emir Caner, seorang dekan dari Southwestern Baptist Theological Seminary merekomendasikan untuk orang Kristen menonton film ini, karena didalamnya mengungkap banyak hal-hal baru, seperti kapan Yesus digantikan, kenapa ibu dan para murid Yesus tidak mengenali bahwa orang yang mereka ikuti itu telah ditukar sebelum berada di atas kayu salib, serta apa tujuan Allah' membutakan semua kerumunan termasuk murid -murid Yesus dan Maria ibu Yesus, sehingga mereka tetap berpikir bahwa Yesus lah yang sedang disalibkan.

Caner, yang juga seorang professor bidang sejarah, mengatakan bahwa dia percaya pada akhirnya dengan cara ini, kita menonton sambil bertanya berdasarkan sudut pandang itu, kita bisa menerima film ini.

"Mungkin orang Muslim dan Kristen akan menyadari melalui film ini bahwa Alquran hanya menawarkan suatu kemungkinan cerita yang mungkin terjadi saat itu, walaupun Alkitab sudah dengan jelas menuliskan sejarah mendetail yang dapat dipercaya dan telah dibuktikan bahkan hingga saat ini." Demikian Caner menuliskan pernyataannya.

Hampir secara keseluruhan "The Messiah," penampilan Yesus dalam film ini mirip dengan versi Yesus yang dibuat oleh dunia barat. Rambut pirang dan melakukan mukjizat. Hanya yang berbeda adalah bagaimana Yudas tiba - tiba secara ajaib berubah menyerupai Yesus dan menggantikan Yesus disalibkan.

"Dia ( Yesus) bukan Anak Allah dan tidak pernah menjadi Anak Allah. Dia hanya nabi dan Dia tidak pernah disalibkan, itu adalah orang lain yang disalibkan menggantikan Dia," Talebzadeh menyatakan kepada CNN.

Salah satu motif pembuatan film ini, menurut Talebzadeh, adalah sebagai jawaban atas film-film mengenai Yesus yang dibuat produser Barat, seperti film "the Passion of the Christ" yang dibintangi aktor Mel Gibson tahun 2004. Menurutnya, film ini menyajikan jalan cerita yang salah mengenai Yesus dari sisi ajaran islam.

Film fenomenal yang melibatkan hampir lebih dari 1000 orang ini merupakan sebuah film terbesar yang pernah dibuat di Iran. Film ini juga akan ditayangkan dalam 20 episode di channel-channel TV milik pemerintah Iran [syarif/ind/www.suara-islam.com].






Sapa-sapa yang ada dvd filem ni, boleh copykan untuk aku??? Atau tahu di mana nak dapatkan filem ni... Aku sedang mencarinya...

Jumaat, 2 Januari 2009

Filem Queen of Lung-Gasuka



Filem Queen of Lung-Gasuka atau Queen of Langkasuka ini diterbitkan dan diarahkan oleh Nonzee Nimibutr... Aku belum tengok lagi filem ni... tapi dari trailer yang ditunjukkan memang gempak... nampaknya orang Siam pun dah mampu buat filem epik macam ni... kalau rajin korang boleh tengok filem ni punye 'the making' dalam youtube... Diaorang punye rujukan pun boleh tahan... Orang Siam dah ada buat filem epik... Orang Indonesia (Riri Riza) dah buat filem tokoh pejuang haluan kiri (Soe Hok Gie)... Orang Malaysia???

Bile le aku boleh tengok filem tentang Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh???