Sabtu, 28 Februari 2009

Perhimpunan 100,000 raksasa hapuskan PPSMI (Parkir)

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang akan ikut serta dalam rapat raksasa anti-PPSMI pada jam 2 petang 7 Mac 2009 di depan Istana Negara, tuan-tuan boleh simpan kereta di tempat-tempat berikut:

1. Premis Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Premis rumah Gapena

3. Premis rumah Pena

4. Premis rumah Yayasan Penataran Ilmu

5. Premis rumah Puspanita

Rabu, 25 Februari 2009

Pekan Sehari di Shah Alam


Tarikh : 1hb Mac 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi ke 6.00 petang
Tempat : Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam

Terdapat gerai buku independen, seni dan kraf, muzik dan zine serta stail dan fesyen. Antara yang turun ke bawah ialah Gerakbudaya, Oxygen, Sang Freud Press, Food Not Bombs, Ricecooker, Gua Punya, Friendz Saloon, Kek Cawan Dee Heart, The Brains, Pakatan Baju Rakyat, Kotak Couture, Di Kala Jingga dan banyak lagi. Persembahan muzik jalanan dari Meor & Nik, Wani Ardy, Crowd of None, Mr C Beatboxer, Ida Lisa, George Wong, Freak of Channel & Izzy Mohamed turut menjadi salah satu acara.

Pekan Sehari diselenggara Pekan FrinjanPekan Sehari. Pekan Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok independen. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

Untuk tempahan gerai yang masih dibuka, sila emel Zul di zulhabri@gmail.com atau kontak 019 - 389 3804. Satu gerai RM20.00 sahaja.

Selasa, 24 Februari 2009

Himpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM (Esok)

Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Anjuran :
Solidariti Anak Muda Malaysia
badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan
anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan
(tanpa kira latar politik, kaum dsb)

Isnin, 23 Februari 2009

FORUM : MANSUHKAN PPSMI ( Malam ini )


Tarikh : 23 Februari 2009


Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Masa : 9.00 Malam

Ahli Panel :
Saudara Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Saudara Anwar Ibrahim.
Pengerusi GMP Dato' Hassan Ahmad
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid
Penggiat Teater Dinsman
Pengarang Ahmad Lutfi Othman
dan Wakil-Wakil NGO

Semua di persilakan datang.

Sabtu, 21 Februari 2009

Madu Tiga

Ini bukan cerita pasal politik di negeri aku lagi. Aku pun tak nak ambik tahu YB yang ada kahwin 2, 3 hatta 4 sekali. Karang tak pasal-pasal ada YB dipaksa letak jawatan... Dituduh tak bermoral. Ngepak lebor Sisters In Islam.

Kisahnya Ahmad Dhani telah melancarkan sebuah album melalui projek solonya yang diberi nama Muhammad Dhani & The Swinger. Salah satu lagu dalam album tersebut ialah lagu Madu Tiga. Amat menyedihkan media Indonesia meletakkan Ahmad Dhani selaku pencipta lagu tersebut. Sepertinya para wartawan hiburan di negara seberang tidak membuat kajian terhadap karya yang dihasilkan. Sedangkan pentolan kumpulan Dewa19 itu telah terang-terang memberitahu bahawa karya tersebut merupakan karya Al-Marhum P. Ramlee usai kunjungannya dalam rangka mempromosi album kumpulan The Rock yang juga merupakan projek solonya di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2009 yang lalu.



(Atas) Lagu Madu Tiga persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:53 . Ciptaan Ahmad Dhani.



(Atas) Lagu Killer Queen persembahan Muhammad Dhani & The Swinger di SCTV. Lihat 0:58 . Ciptaan mendiang Freddie Mercury. Ini betul. Semua peminat Queen tahu.



(Atas) Rakaman salah satu persembahan lagu Madu Tiga yang dibawa oleh Muhammad Dhani & The Swinger di Kuala Lumpur. Dhani umum lagu karya P.Ramlee. Lihat 3:57 .

Menurut buku Senandung Seniman Agung P.Ramlee (atas), seni lagu Madu Tiga digubah oleh P. Ramlee manakala seni kata telah dikarang oleh S.Sudarmaji. Buku ini telah disunting oleh Datuk Zakiah Hanum (Ketua Pengarah Arkib Negara) dan diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd yang dicetak pertama kali pada tahun 1990.



(Atas) Lagu Madu Tiga yang didendangkan oleh P.Ramlee yang dipetik dari filem Madu Tiga.

Satu ketika dulu Dewa19 pernah membawakan lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia. Wartawan Malaysia menulis lagu tersebut adalah lagu kumpulan Dewa19. Padahal lagu tersebut adalah lagu kumpulan Kayak yang judul asalnya ialah Ruthless Queen. Meor Folk (Pesta Jiwa) ada menulis tentang perkara ini di ruangan Sembang Tepi Jalan dalam Tokei Kedai Online.



(Atas) Lagu Cintaku Tertinggal di Malaysia dendangan Dewa19.



(Atas) Lagu Ruthless Queen dendangan Kayak.

Aku ingatkan wartawan hiburan Malaysia yang tak buat kajian karya-karya sang penghibur tapi wartawan hiburan Indonesia pun juga.
Tuhan... berikan aku hidup satu kali lagi...

Selasa, 17 Februari 2009

LAWATAN MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI IR. MOHD NIZAR KE BAGAN DATOH

Rabu - 18 / 02 / 2009 (Esok)

3.00 ptg : MAJLIS HI-TEA di Parit Satu, Sg. Sumun

5.00 ptg : RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT di Bagan Sg. Tiang
7.00 ptg : KULIAH MAGHRIB di Surau Idrisiah, Kg. Sg. Betul

8.00 mlm : MAJLIS BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT di Hutan Melintang

~ Seluruh Rakyat Dijemput Hadir ~

Isnin, 16 Februari 2009

HIMPUNAN GABUNGAN PENDIDIK & NGO - ESOK


Tarikh : 17 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Berkumpul di pintu masuk Parlimen

Agenda : Penyerahan Memorandum kepada ahli Parlimen untuk membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Keterangan lanjut terdapat di blog Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).

Semua dijemput hadir beramai-ramai.....

Bawa jiwa raga anda bersama...

Selasa, 10 Februari 2009

Hari Hitam






Pandangan Baha Zain Tentang Kemelut Politik di Perak

Pandangan beliau terdapat di dalam blog beliau...
http://bahazain.blogspot.com/2009/02/daripada-raja-kepada-kerajaan.html

Isnin, 9 Februari 2009

Siapa Boss Aku?

Esok buat pertama kali dalam sejarah dunia (rasanya lah) akan ada 2 MB yang akan ke pejabat SUK... 1 yang tak nak letak jawatan dan yang 1 lagi yang baru dapat jawatan... Apakah Dato SS sudah menyediakan 2 bilik MB yang berasingan? Atau pun kira siapa (MB) yang datang cepat, dia dapat bilik MB? Yang akan pening ialah pekerja-pekerja di SUK... Perintah siapa yang mereka nak ikut? Saksikan kesudahannya...

Tak sabo rasenye nak nunggu esok...

Belasungkawa : Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal Dunia

Roslan Shahrum (gambar), Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia hari ini di Hospital Batu Gajah akibat serangan jantung.

Moga sorgalah di tanganmu... Tuhanlah di sisimu... Al-Fatihah...

Ahad, 8 Februari 2009

Jebat



Lakonan Nordin Ahmad... Sedih Weh...

Sabtu, 7 Februari 2009

Lokasi Ceramah Perdana Ditukar ke Kediaman MB

Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Rumah Menteri Besar Perak.

Yang memberi ucapan :
Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Saudara Tuan Haji Hadi
Saudara Nizar Jamaluddin


Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Harap maklum...

nak datang... datang...
tak nak datang... jangan datang...
kalau nak pasang bom... kena bawak banyak...

Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak


Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.

Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludinn

Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.

Semua harus hadir...

Jumaat, 6 Februari 2009

Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Tarikh :
6 Feb 2009 ( Jumaat )

Tempat :
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di sana untuk menyatakan rasa TIDAK puas hari atas tingkah laku rampasan kuasa yang dilakukan Najib Razak. Semua pecinta negeri dan demokrasi wajib hadir ke sana...

Warga Perak dambakan tindakan yang lebih radikal... Mengejut mereka yang ketiduran dengan seribu satu kekerasan ketika api sedang marak membakar adalah lebih baik dari kita rentung bersama di dalamnya.

Khamis, 5 Februari 2009

Mana dia Majoriti BN?

Berita tentang Perletakan Jawatan ADUN PKR (berita TV3 - >)

IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang "hilang" sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak V. Sivakumar berkata Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

"Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera," katanya.


Surat MB Perak kepada Tuanku (diambil dari blog Setpol)


Warkah YAB MB Perak kepada Tuanku


Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Kebenaran bukanlah kenyataan.... aduhai negeriku....

Rabu, 4 Februari 2009

Perhimpunan 100,000 sokong kerajaan PR Perak


Tarikh :
5 FEB 2009 ( KHAMIS )

Masa :
3.00 PETANG

7.00 MALAM - MUNAJAT

8.30 MALAM - SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

Tempat :
PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK, IPOH

KEHADIRAN SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA

SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG

Mencari pemimpin memang mahal...

Negeriku...

Hari ini, tidak sampai 24 jam beberapa keputusan pelik samada daripada Pakatan Rakyat dan daripada BN telah dibuat... Hari ini akan menjadi satu titik sejarah yang memalukan dalam senario politik negara kita... Ingat dan catat tarikh serta peristiwa hari ni weh... berita -->

Buat PKR dan DAP... lain kali pilih calon yang mahal... bukan yang murah... cibai betol... tragik... jarjisss...

Perhimpunan 100,000 raksasa hapuskan PPSMI

Tarikh : 07 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Di depan Istana Negara, KL.

Informasi lanjut -->



Gambar sekitar pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di Sogo pada 31 Januari lalu.

Selasa, 3 Februari 2009

Teater Bilik Sulit - DITANGGUHKAN

Teater Bilik Sulit telah ditangguhkan pementasannya minggu ini di Perak atas sebab huru-hara politik yang melanda negeri ini... Tarikh baru pementasan akan diberitahu kelak... Harap kome maklum...

Isnin, 2 Februari 2009

BILIK SULIT (lagi-lagi)

Tarikh :
06, 07 & 08 Februari 2009

Masa : 8.30 malam

Tempat :
Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK)

Bayaran : RM 10.00 ( Derma untuk keluarga ISA )

Tempat Terhad